Followers

Total Pageviews

Saturday, 11 May 2013

My top 3 darlings


Assalamualaikum people!

Seperti yang korang tahu.. err, ok..
maybe bukan korang semua tapi yang kenal aku mesti tau yang aku ni memang seorang yang gila kucing sangat sangat! Pantang tengok....lagi lagi yang pakai stoking macam ni..
AAaahh! Memang aku rasa nak piciiiitttt je tangan die.



But sadly, aku xboleh bela kucing kat rumah sebab adik aku lelah. Dulu-dulu adela bela tapi lepas tu kena hantar pegi kedai makan wuuuu T_T Yela.. kalau letak kat kedai makan, dengan harapan diorang tak la lapar or susah cari makan. Ade jugak yang balik rumah balik lepas kena buang tu.
Terpaksalah ayah aku buang jauh sikit. Uish sedih mengimbau nostalgia lama.
 Sebak weyh!

Oklah, sekarang kita focus dekat entry kali ni. Haa, harini aku nak share top 3 buah hati pengarang jantung aku yang fames die mengalahkan selebriti-selebriti. Diorang ni dah pun dilabel as internet celebrities sebab video-video and gambar-gambar diorang have gone viral! Siapa dia? Siapa?

Jeng jeng jeng! Haaa..let me introduce them to you.. *drum roll please…


The second runner-up yang jadi buah hati jantung aku goes to…
.
.
.
.
3. Muu!! 


Aku pun sebenarnya baru tahu nama die Muu..Selama ni aku ingat nama die Yukinon.
Sebab instagram die nama Yukinon. Tapi Muu ni tak banyak info yang aku tahu pasal die sebab semua dalam bahasa Jepun. Yes, Muu ni  kira bangsa Jepun la :P
Aku suka sangat Muu ni sebab die cantik! gojes! menawan! ayu! jelita! 
Serious…cer korang tengok muka die. Cantik kan? 




Tengok tu! Nak minum air pun nak cantik..minum jelah! :P

Ekor tuu...kalau aku dapat memang aku buat feather duster!




Ok, the runner-up yang jadi pilihan aku pulaaakkk…
.
.
.
.
2. Nala!!

Isn’t she’s adorable? She’s a female Siamese/Tabby Mix. Umur baru 2 tahun setengah je.  Tuan die adopt die dari animal shelter when she was around 4 – 5 months old in November of 2010. So, die tak tahu la bila exact birthday die. Huhu touching la pulak. It’s ok! I still love you Nala!

Nala ni die playful :D
 


Tengok tu..siap ade casing handphone muka sendiri lagi..fames betul

   


Yeehaa..daaannn yang berjaya bertakhta di hati aku adalah…..Si gemokk…….
.
.
.
.
1. Maru!


Die ni.. die ni.. pantang tengok kotak.. Tak kisah la kotak besar ke, kotak kecik ke, kotak sempit ke..
Selalu perasan kurus boleh masuk. Kalau xmuat badan, kepala je pun jadi! Kalau boleh slide tu, memang die slide masuk dalam kotak.



Tengok! Tengok! Selagi boleh masuk, nak masuk jugak

Kau ni la kan Maru! Aku memang xboleh nak cakap pasal kau! Geraaammmm aku ish!


Kalau korang xcaya, korang tgk la video ni.. stress weyh..kalau dapat peluk ni memang xnk lepas-lepas dah!





Akhir kata dari saya yang mencintai makhluk Allah ini, kucing juga adalah haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W.
Sungguhpun kita tak suka, janganlah sampai diseksa mereka :)

Dari Ibnu Umar r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, "Seorang perempuan disiksa karena kucing yang dikurungnya hingga mati maka ia dimasukkan ke dalam neraka disebabkan ia tidak memberi makan dan minum ketika mengurungnya dan tidak pula melepaskannya agar memakan binatang-binatang melata di bumi."
(Bukhari - Muslim) 


Ok semua! Take care..bye!


Monday, 6 May 2013

PRU13

Bismillahirrahmanirrahim.

PRU13 sudah, jari dicalit sudah, keputusan pun sudah.

There were so many responses in the social media.
It didn't matter in the facebook, news, tv, newspaper or twitter. It hurt me a lot.

Kita masih lemah rupanya dalam pegangan silaturrahim dan ikatan kasih sayang sesama manusia :'(
Hubungan dengan Allah dan sesama manusia janganlah kita ketepikan.
Apa sahaja yang berlaku dalam dunia ini semua adalah ujian dariNya. 
InsyaAllah pasti ada hikmahnya.

I don't want to say much. Enough for me to share something that we could ponder together.







O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. 
Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted.
Hujurat:13
 
 
 
*Semoga kita semua tergolong di dalam golongan orang-orang yang sabar. Amin. 
 

Wednesday, 1 May 2013

Jom Bertukar kepada STRAWBERRY! :)

Bismillahirrahmanirrahim

Apa? Tak suka masam? 
Alamak! belum cakap pape lagi dah bagitau xsuka masam..
Memang pun, xsemua orang tahan masam kan :)
Kalau jeruk memangla NO GOOD NO GOOD.  Xelok utk otak.
tapiiii.... yang ni lain.. masam2 yang ni kaya dgn vitamin c.

Siapa yang xkenal dengan buat strawberry :D
One of my favourite fruits nyumnyum!



Kenapa ek buah-buah yang bervitamin c semua masam-masam?
Lemon masam, limau masam, oren pun masam.
Mestilah :) sebab vitamin c is also known as ascorbic acid :) Salah satu sifat acid kan rasa masam :)
Dah lupa la tu belajar kt sekolah dulu..hehe

Alaa..sebenarnya kan, rasa down nak tulis entry ni sebab mesti korg semua dah tau dah khasiat strawberry ni sebab korg semua bijak-bijak. Tapi nak tulis jugak sebab dari siang tadi dok terbayang-bayang wajah strawberry kat mana-mana. Nasib baik strawberry, bukan annoying orange ohmai!

So, semua orang dah tau strawberry ni anti-oksida kan? which means... berita baik untuk kaum-kaum hawa kat luar sana! Kaum adam pun boleyy jugak amalkan.

Anti-oksida ni elok sesangat untuk kecantikan dan kesihatan dalaman. Bila dalaman kita cantik dan sihat, of course la luaran pun cantik jugak kan! Sekarang ni banyak sangat produk tulah, produk nilah kt dalam fb, tv, instagram, etc. Semua berlumba-lumba nak promote produk masing-masing. Bagi siapa-siapa yang macam aku ni takut nak telan-telan sebarangan, masukkan aje strawberry ni dalam rutin pemakanan kita hari-hari. Kalau xtahan masam, boleh campur dalam cereal, yogurt, dip dengan chocolate, tak pun dengan oats :) 







Hehe..saje bagi korang terliur.. alaa kalau nak sedap, kita kena la jadi kreatip :P kalau kita kreatip, benda xsedap pun boleh jadi sedap ye tak?


Penting sebenarnya kita makan makanan yang kaya dengan anti-oksida cenggini sebab dia akan tolong kita tingkatkan imunisasi badan, melawan sel kanser, merendahkan tahap kolesterol, diabetes & high blood pressure, mengelakkan kita dapat cataracts mata especially bila umur semakin meningkat daaaannn yang paling best sekaliii strawberry ni dapat membantu pengeluaran collagen dalam badan kita. So, dia ni sebagai agent anti-wrinkles lah! Oh lagi satu benefit strawberry yang aku suka, dia ada potassium yang akan tolong lawan2 negative effects of sodium. Macam yang kita tahu, kita boleh jumpa sodium dalam garam. Garam = kolesterol, kolesterol=cellulite *mencik cellulite! So, strawberry boleh la tolong kita hilangkan cellulite. Best kan? :) Tapi xdelah hilang terus cellulite tu. Lemak-lemak kita takkan hilang dengan makan diet sihat je..exercise macam cardio workouts dengan lunges mesti buat jugak tau! ;p

Good news jugak untuk ibu-ibu mengandung sebab strawberry ni dapat membantu perkembangan otak, tengkorak dan saraf tunjang baby di awal kandungan sebab dia ada folate/vitamin B. Bukan tu je, nanti kulit baby pun akan cantik dan mulus je gitew. hihi.

.
.
.
.
.
.
.

Ok, alang-alang cakap pasal strawberry ni kan, aku xkira, aku nak share jugak body wash yang aku suka! Mestilah strawberry flavour jugak sebab topik kita pasal tu. Aku ni suka sangat sangat sangat bau manis and tadaaa! Memperkenalkan Watsons Exfoliating Body Wash.


Serious tak tipu bau dia sedap. Bukan wangi ye tapi sedap haha. Rasa nak makan je. Tak pun nak geget geget kulit lepas mandi. And sebab benda ni la aku duduk berjam-jam dalam bilik air hehe. Tekstur dia macam gel dan ada biji-biji macam dalam scrub tu. Tujuan dia untuk exfoliate skin kita. Kasi buang itu dead skin semua! Barulah kulit rasa lembut je lepas mandi. Nak-nak pulak lepas mandi tu kita spray sikit Victoria's Secret Pure Seduction Body Mist. Memang best sangat sangat! :)))






Siapa siapa yang nak share healthy daily regime/routine masing-masing, feel free to share dengan aku sebab aku memang suka benda-benda gini hehe.