Assalamualaikum
Hari ni nak cerita pasal honeymoon lah. So, seminggu lepas
wedding belah aku, kitorg pegi honeymoon. Hati berbunga-bunga lah nak share kt blog
ni. Destinasi yang dituju adalah… Cameron Highlands SEBAB, aku tak pernah
sampai sana. So, aku excited ajak suami pi sana. Hehe. First honeymoon pi
dekat-dekat dululah, lagipun otw nak balik rumah suami kat Kelantan. Kitorang pegi
4 hari 3 malam sebab nak hilangkan stress kat sekolah masing-masing katenyer. Lagipun
kalau lama sikit takdela rushing nak pegi jalan-jalan. Boleh relax-relax. Book hotel
kat Agoda sebab kat situ reasonable price. Murah je daripada harga asal and
kitorg pilih Equatorial Hotel kat Brinchang. Atas sikit daripada Tanah Rata so
rasa la sejuk sikit. First day sampai-sampai kitorang lepak dulu sebab penat. Malam
baru keluar pergi tengok pasar malam kat situ. Tapi punyelah jam nak turun
haiyoo. Patutnya 10 minit je nak turun ke pekan Brinchang tu tapi jadi ½ jam. Perut
dah la lapar. Line radio pun tak dapat. Stress nyo lah mak cik huh.
Day 2, 15 December 2013
Hari kedua. Bermula jalan-jalan! Harini pegi 1 Malaysia
Strawberry Farm. Aku asyik suruh suami cepat-cepat je sebab dah terbayang
strawberry dip dalam coklat. Ok, tengah type ni pun dah meleleh air liur
terbayang rasa dia :P Kat sini, boleh petik strawberry sendiri. Sebelum tu kitorg
pegi Kasi Manis Strawberry Farm tapi tak boleh petik. Apelah. Tu yang cepat-cepat lari pergi 1 Malaysia Strawberry Farm ni. Dah sampai, kitorang ambil bakul dengan gunting kat counter. ½ bekas penuh dia charge RM25. Kalau 1 bekas
penuh, rm50. Kalau ikut tamak aku memang nak 1 bekas, nasib suami ingatkan haha.
Kat tempat yang kitorang petik strawberry tu, takde orang. Apa lagi,
bermaharajalela la kitorg petik sana, petik sini. Lupa daratan sat. Ok, tu aku
:P Lepas dah puas petik strawberry, makan time! Meen roomate aku suruh aku makan scones. Nasib baik ikut cakap dia sebab sedap! Thanks meen <3
Day 3, 16 December 2013
Hari ketiga. Harini suami bawak pergi ladang teh pulak! Cadang
nak pegi ladang teh BOH tapi tutup la hari Isnin. Tak kisahla ladang mana-mana
pun asalkan dapat tengok daun teh live :D So kitorang pergi ladang teh Bharat
Tea Plantation. Kat situ pun ok je. Cantik sangat bila tengok pokok-pokok teh dari jauh. Tempat dia
cerun bukit jadi nak turun pergi tengok teh tu agak bahaya sebenarnya sebab
kalau tergelincir jatuh, jadi macam hindustan la berguling-guling sampai bawah.
Aku dah la pakai maxi dress. Tau je tak patut pakai maxi dress sebab nak turun
bukit tapi peduli hape kan, nak ambik gambar punya pasal haha. Ala-ala model la
nak ambik gambar setting cantik, kena la redah onak duri, belukar, hutan semua
kan. Perasan model daahh. Kui3. En suami pun dengan gentleman nye berkata, “biar
abang turun dulu check tanah. Syg ikut je belakang abang. Ikut tempat abang pijak
ye”. Nak tergelak pun ada aku tapi tengok muka dia serious, aku pun buat muka
serious. Ala romantiknya suamiku. Hahaha. Jadi berkat kesungguhan suami, kami pun
berjaya turun dan naik tanpa jatuh! Dah naik atas, kitorang rehat jap sambil
makan cheesecake dengan minum teh coklat. Siapa cakap tak penat? Penat woo
panjat bukit sambil gelak :P
Lepas balik dari ladang teh, kitorang pergi pulak Rose Park
sebab tok aku suruh pergi sana. Aku pun tak faham kenapa tok beriya-iya suruh
pegi sana tapi pergi jelah. Nanti karang balik bila dia tanya boleh cerita
hihi. Nasib baik cantik! Pemandangan dari atas bukit nampak tenang je. Tapi lagi
sekali ponat den memanjat bukit. Memang turun kalori cheesecake tadi hadoi. Untuk
sesape yang suka tengok bunga, boleh la pergi situ. Memang cantik. Satu lagi
tempat yang aku nak sangat pergi tapi tak sempat, Lavender Park. Sayangnye tak sempat
sebab aku suka sangat bunga lavender. Oh well, takpelah. Takde rezeki nak
singgah situ. InsyaAllah ada rezeki pergi lagi, for sure aku tuju situ dulu. Esok
tu kitorang tak pergi mana-mana sebab nak balik Kelantan dah :)
Tu jelah aku nak share setakat ni :)
* Oh, sesapa yang nak order
Marine Essence bodywash boleh la order sebab stok dah ada. Memang best bodywash
ni. Nanti aku buat entry pasal bodywash ni pulak k.