Followers

Total Pageviews

Monday, 6 May 2013

PRU13

Bismillahirrahmanirrahim.

PRU13 sudah, jari dicalit sudah, keputusan pun sudah.

There were so many responses in the social media.
It didn't matter in the facebook, news, tv, newspaper or twitter. It hurt me a lot.

Kita masih lemah rupanya dalam pegangan silaturrahim dan ikatan kasih sayang sesama manusia :'(
Hubungan dengan Allah dan sesama manusia janganlah kita ketepikan.
Apa sahaja yang berlaku dalam dunia ini semua adalah ujian dariNya. 
InsyaAllah pasti ada hikmahnya.

I don't want to say much. Enough for me to share something that we could ponder together.







O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. 
Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted.
Hujurat:13
 
 
 
*Semoga kita semua tergolong di dalam golongan orang-orang yang sabar. Amin. 
 

Wednesday, 1 May 2013

Jom Bertukar kepada STRAWBERRY! :)

Bismillahirrahmanirrahim

Apa? Tak suka masam? 
Alamak! belum cakap pape lagi dah bagitau xsuka masam..
Memang pun, xsemua orang tahan masam kan :)
Kalau jeruk memangla NO GOOD NO GOOD.  Xelok utk otak.
tapiiii.... yang ni lain.. masam2 yang ni kaya dgn vitamin c.

Siapa yang xkenal dengan buat strawberry :D
One of my favourite fruits nyumnyum!



Kenapa ek buah-buah yang bervitamin c semua masam-masam?
Lemon masam, limau masam, oren pun masam.
Mestilah :) sebab vitamin c is also known as ascorbic acid :) Salah satu sifat acid kan rasa masam :)
Dah lupa la tu belajar kt sekolah dulu..hehe

Alaa..sebenarnya kan, rasa down nak tulis entry ni sebab mesti korg semua dah tau dah khasiat strawberry ni sebab korg semua bijak-bijak. Tapi nak tulis jugak sebab dari siang tadi dok terbayang-bayang wajah strawberry kat mana-mana. Nasib baik strawberry, bukan annoying orange ohmai!

So, semua orang dah tau strawberry ni anti-oksida kan? which means... berita baik untuk kaum-kaum hawa kat luar sana! Kaum adam pun boleyy jugak amalkan.

Anti-oksida ni elok sesangat untuk kecantikan dan kesihatan dalaman. Bila dalaman kita cantik dan sihat, of course la luaran pun cantik jugak kan! Sekarang ni banyak sangat produk tulah, produk nilah kt dalam fb, tv, instagram, etc. Semua berlumba-lumba nak promote produk masing-masing. Bagi siapa-siapa yang macam aku ni takut nak telan-telan sebarangan, masukkan aje strawberry ni dalam rutin pemakanan kita hari-hari. Kalau xtahan masam, boleh campur dalam cereal, yogurt, dip dengan chocolate, tak pun dengan oats :) 







Hehe..saje bagi korang terliur.. alaa kalau nak sedap, kita kena la jadi kreatip :P kalau kita kreatip, benda xsedap pun boleh jadi sedap ye tak?


Penting sebenarnya kita makan makanan yang kaya dengan anti-oksida cenggini sebab dia akan tolong kita tingkatkan imunisasi badan, melawan sel kanser, merendahkan tahap kolesterol, diabetes & high blood pressure, mengelakkan kita dapat cataracts mata especially bila umur semakin meningkat daaaannn yang paling best sekaliii strawberry ni dapat membantu pengeluaran collagen dalam badan kita. So, dia ni sebagai agent anti-wrinkles lah! Oh lagi satu benefit strawberry yang aku suka, dia ada potassium yang akan tolong lawan2 negative effects of sodium. Macam yang kita tahu, kita boleh jumpa sodium dalam garam. Garam = kolesterol, kolesterol=cellulite *mencik cellulite! So, strawberry boleh la tolong kita hilangkan cellulite. Best kan? :) Tapi xdelah hilang terus cellulite tu. Lemak-lemak kita takkan hilang dengan makan diet sihat je..exercise macam cardio workouts dengan lunges mesti buat jugak tau! ;p

Good news jugak untuk ibu-ibu mengandung sebab strawberry ni dapat membantu perkembangan otak, tengkorak dan saraf tunjang baby di awal kandungan sebab dia ada folate/vitamin B. Bukan tu je, nanti kulit baby pun akan cantik dan mulus je gitew. hihi.

.
.
.
.
.
.
.

Ok, alang-alang cakap pasal strawberry ni kan, aku xkira, aku nak share jugak body wash yang aku suka! Mestilah strawberry flavour jugak sebab topik kita pasal tu. Aku ni suka sangat sangat sangat bau manis and tadaaa! Memperkenalkan Watsons Exfoliating Body Wash.


Serious tak tipu bau dia sedap. Bukan wangi ye tapi sedap haha. Rasa nak makan je. Tak pun nak geget geget kulit lepas mandi. And sebab benda ni la aku duduk berjam-jam dalam bilik air hehe. Tekstur dia macam gel dan ada biji-biji macam dalam scrub tu. Tujuan dia untuk exfoliate skin kita. Kasi buang itu dead skin semua! Barulah kulit rasa lembut je lepas mandi. Nak-nak pulak lepas mandi tu kita spray sikit Victoria's Secret Pure Seduction Body Mist. Memang best sangat sangat! :)))






Siapa siapa yang nak share healthy daily regime/routine masing-masing, feel free to share dengan aku sebab aku memang suka benda-benda gini hehe.




Tuesday, 30 April 2013

It's just around the corner!

I am soooo.... exciiiiiiiited! 

.
.
.
.
.
.
.

After 5 1/2  years worth of studying in Bachelor of education, I will be graduating soooon! Yeay!
Seronoknya Ya Allah! Terima kasih! heee~ 
Sebelum2 ni asyik tengok kawan2 je graduate, now it'll be my turn pulak :D


5 1/2 years?! Yup! Haa..korang ingat doktor je ke yg study lelama camni? Cikgu pun tau :)
Bukan senang nak jadi cikgu zaman sekarang ni.
Seriously, teachers nowadays are different than in the past. 
And we should be because......
we NEED to be well equipped in order to fit ourselves into the challenging world.
Bukan senang nak ngajar budak2 sekarang.
Tak yah compare dgn zaman mak ayah dulu2 la, compare aje dgn zaman kita sekolah dulu pun dh cukup berbeza.

But this is our trials as educators :)


Soooo....tersangat la happy! 
Although xdapat nk grad kt Sydney sbb xcukup budget (yes, kitorg convo kt Sydney dulu baru kt Malaysia), still nak loncat2 jugak!


Ade beberapa kawan aku yg pergi convo kt Sydney 23 April haritu :)  Kat Malaysia pulak 27 May nanti kt PICC Putrajaya.
Kira kawan2 aku dapat grad dua kali la..Xaci! hehe





Meh aku share happy moments diorg kat sana haritu :)











Best kan! Looking forward kita grad sama2 kat sini pulak ! :)

I'm engaged!


Bismillahirrahmanirrahim

Haa.. lama bersawang, skali update2 dah bertunang. Hehe.

 Alhamdulillah.

Tak sangka pun relationship 4 tahun dgn encik tunang sampai jugak ke ikatan pertunangan. Harapnya ke jinjang pelamin dan berkekalanlah dunia akhirat InsyaAllah. Kawan2 semua doakan kami ye :’)

Bila dah bertunang ni, barulah faham kenapa orang2 tua cakap bertunang ni banyak dugaannya. Memang terasa tapi lain2 orang lain experience die kan? InsyaAllah kalau niat kita suci dan dia jodoh kita, Allah mesti permudahkan. Cuma kita xboleh cepat give up lah sebab syaitan tu memang sentiasa berusaha taknak kita bina masjid. So, kita kena fight =)

Ni aku share sikit gambar kat sini. Bila tengok2 balik gambar2 yg ade, touching sesorang pulak huuu..

Time ni tgh gila dekat bunga pom pom.. geraaaam tgk gebu2 bulat2 hehe. oh pelamin, door gifts, hantaran semua DIY je sbb nk save budget ;P
Tapi doorgift yang ni aunties yang sponsor. Diorang buat surprise. Terharu :')
Haa.. disebabkan aku ni teacher, so semua family wajib pakai name tag..konon nk tolong senangkan encik tunang recognize family tapi last2 die xingat jugak sbb ramai sgt =_=' takpelah, lama2 mestila ingat kan :)
Hand bouquet ni bukan aku yang buat sendiri. Kawan sepupu aku yang buat. Cantik kan?

  


 



  

  

  

  

 

Macam peluk teddy bear! 

Oyeah..birthday encik tunang jugak haritu.. he didn't know ade surprise kek. Terharu tak? Terharu tak? Baik ckp terharu cpt! 
My family <3

Dengan tok opah <3


Family encik tunang <3

Thanks to my dearest friends sebab sudi memeriahkan majlis yg sempoi2 ni <3
Thanks korang! :') <3




Psst, "kepada encik tunang..semoga urusan kita dipermudahkan Allah ye :') Thank you for everything" <3

     Jutaan terima kasih jugak untuk semua yang membantu melancarkan majlis ni. Without diorang, tak taula ape yang jadi masa tu.

Photos credit to U' Caque! Graphy


































Friday, 15 June 2012

Father's Day Celebration

Fuuuuuhhhhh....fuuuuuhhhhhh.....fuuuuuuhhhh.... berhabuk benor blog ni. Siap ade sarang labah2 lg kt corner atas tu =_='


Oklah, harini nk share aktiviti di saat2 aku nk habis cuti ni. Esok dh nk kena bertolak balik Penang daaaaahhhh T_T xready nk praktikaaaallll!!!! Ok, lupakan tu dulu. So, aku dgn adik aku plan nk buat something nk celebrate father's day utk abah! Aku volunteer nk buat cake, adik aku volunteer nk buat main dish (roasted chicken air tangan dia) :P Tapi, disebabkan aku buat cake, so gambar proses nk buat cake lagi banyak la dr gambar ayam roast die hehe.

Actually, resipi asal dia cupcakes tp aku tukar jadi cake. Best sikit nk potong2 ^^



Yang kt atas ni la rupa sebenar dia. Nampak tempting kan?! Sbb tula aku teringin nk buat sgt! :) Alhamdulillah, though rupa xsama mcm gambar dalam asal ni, rasa dia sedap la jugak.



Haaa...ni la adik aku punya ayam roast yg saaangaaaatttt sedaapp!! Rasa nak tambah tambah tambah makan tadi.Tahniah! Dah boleh kawin dah kau angah..hehehe :D                                    


Abah, ni je yg kitorg mampu buat untuk abah tersayang.. Kalau nak dibandingkan dgn jasa abah          besarkan kitorg, memang celah gigi pun xmampu kitorg nk balas..huuu :') Harap2 abah suka masakan kitorg. hehe. Happy Father's Day abah! We love you so much! May Allah bless you always.. amin.


Wednesday, 30 November 2011

Playing with adobe photoshop

Salam and hi,

These are bits of my artworks <3
Not really fantastic but i like it :)