Followers

Total Pageviews

Thursday 21 April 2011

Seerah camp :

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Everything happens with His will J 

Bersyukur sangat sebab terdetik kat hati aku nak pergi Seerah Camp ni. Terima kasih Allah. Memang banyak yang aku belajar kat situ. Walaupun para pembentang semua terdiri daripada kawan-kawan dan junior- junior aku sendiri, tapi diorang bukanlah calang-calang orang. Hebat-hebat semuanya! Memang aku hormat dan kagum dengan pengetahuan agama dan semangat diorang sewaktu membentang kisah-kisah para sahabat Rasulullah S.A.W. Terdetik rasa malu pada diri sendiri kalau nak di bandingkan dengan diorang. Semoga aku mampu untuk berdiri seiring dengan diorang satu hari nanti. InsyaAllah! :’) Jom ikuti kisah pertama yang akan aku kongsi J

1)      KISAH BILAL BIN RABBAH

Apa kata kita refresh sikit kisah Bilal ni! Mungkin ada yang dah lupa J Bilal ni sangat terkenal dengan suaranya yang merdu sewaktu dia melaungkan azan. Dia merupakan hamba pertama yang memeluk Islam. Apabila tuannya mendapat tahu yang dia telah memeluk Islam, dia diseksa dengan begitu kejam! Hari-hari dia akan dibawa keluar dan dijemur di tengah panas. Tapi, Bilal tetap dengan pendiriannya bahawa Allah itu satu. Dah penat dijemur, tuannya, Umayyah pun mengarahkan pengikutnya meletakkan batu yang besar di atas badan Bilal. Bukan itu je, pada waktu malam pula, Bilal akan diikat dilehernya tali dan dibawa keliling kampung. Namun, bibirnya tidak pernah kering mengucap "AHAD! AHAD! AHAD!".

Akhirnya, penderitaan Bilal berakhir setelah Abu Bakar membelinya dengan harga 9 ukiyah. Masa zaman tu, 9 ukiyah ni agak tinggi. Abu Bakar pernah berkata kepada Umayyah bahawa, jika Umayyah meletakkan harga yang tinggi sekalipun, dia sanggup membeli Bilal. Betapa mahalnya Bilal dan imannya di mata Abu Bakar pada waktu itu. Setelah itu, Bilal dilantik menjadi muazzin.

Tetapi setelah Rasulullah S.A.W wafat, Bilal enggan melaungkan azan lagi. Abu Bakar bertanya, “Wahai Bilal, kalau engkau tidak mahu melaungkan azan lagi, maka siapa yang akan menggantimu?”. Maka, Bilal pun berkata, “Sekiranya engkau menyuruhku melakukan apa yang engkau suruh, maka aku akan melakukan apa yang engkau suruh. Tetapi sekiranya engkau melepaskan aku, maka aku akan melakukan apa yang aku mahu kerana Allah”. Jadi, Abu Bakar pun melepaskan Bilal kerana dia ingin berperang di jalan Allah S.W.T. Akhirnya, Bilal meninggal di dalam perang Syria. Dikatakan Bilal tidak mampu menahan sedih dan menangis setiap kali dia melaungkan “Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah ” kerana dia begitu sedih dengan kewafatan Rasulullah S.A.W. Oleh kerana itu, dia tidak mahu melaungkan azan lagi.

Begitu hebatnya tahap keimanan Bilal pada masa itu. Jika dibandingkan dengan kita sekarang, azan yang dilaungkan tidak pun diendahkan. Malah, dilengah-lengahkan lagi. Kita ucap kalimah syahadah berulang-ulang kali tanpa memahami maksud yang tersirat disebalik kalimah tersebut. Kita akui Rasulullah S.A.W. itu pesuruh Allah tapi, adakah kita mengamalkan Al-Quran dan sunnah yang ditinggalkan oleh baginda? Sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. amat sedih dan tidak mahu kehilangan baginda tapi bagi kita yang tidak pernah menatap wajah suci baginda, adakah kita rindu untuk berjumpa dan ingin mengenal baginda? Kalau dulu, kalimah syahadah perlu dibeli dengan titisan darah. Sekarang, kita semua memilikinya dengan percuma sebaik sahaja dikeluarkan dari perut ibu. Namun, adakah kita semua bersyukur dengan nikmat ini? Adakah kita telah menjadi mukmin yang sebenar-benar dituntut oleh agama? Diri aku pun masih banyak yang perlu dibaiki. Iman pun sering turun naik. Kadang-kadang lalai juga dalam mengerjakan duniawi.

Kisah dari Seerah Camp ini aku kongsi untuk sama-sama kita ambil ibrah/pengajaran darinya. Bukan sahaja untuk kawan-kawan semua tapi untuk diri sendiri juga. Bak kata pepatah, telinga yang paling dekat dengan mulut adalah telinga sendiri J



7 comments:

  1. 5 thumbs up cing! thnx 4 d sharing ;)

    ReplyDelete
  2. thank you mira for the reminder.. beautiful writing alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah :) thanks for the support and advice syg2 ku :)

    ReplyDelete
  4. another writer on the way ;) good job!

    ReplyDelete
  5. hehe :) kecik! follow la aku balik sbb xkeluar pun gambar kau kt situ ;P

    ReplyDelete
  6. mira...i love u and this post! :) and ur blog's song too..

    ReplyDelete
  7. zawa! i love u too my dear friend :) thanks for all your support! i'm so touched when reading your new post. let's do it together! i'll always support u <3

    ReplyDelete